Cikgu cikgu, kena hafal ke semua words ni, banyak ni, Buntang mata anak murid saya, macam tak percaya dia melihat senarai perkataan yang saya sediakan.
Mahu juga saya menjawab sinis, tak perlu kalau awak memang lahir kedua orang tua awak sepenuhnya bertutur dalam bahasa inggeris, Ini, kami sudahlah duduk di kawasan pedalaman, library tak ada, bahan bacaan tak ada, saya minta bawa kamus pun separuh dari kelas tidak mampu membeli kamus. Geleng kepala saya,
Begitulah tuan puan, mahu mahir kena melabur, kalau tidak dilabur, manakan datang hasilnya, masa, bahan bacaan, latih tubi, itu semua aktiviti yang tidak boleh tidak kena dibuat jika mahu anak lulus biasa biasa atau cemerlang, Tidak ada jalan pintas. Ia merupakan proses yang panjang dan memenatkan.
Masih tidak punya idea mengajar anak di rumah, Atau bila menolong anak dengan kerja rumah mereka, tidak faham subjek dan tidak dapat menerangkan kepada anak,
Mari sertai kelas persediaan sedari awal. Insya Allah, pengorbanan masa dan wang akan terbalas dengan keupayaan anak anak bertutur dan menulis dengan baik,
No comments:
Post a Comment